ID: 5 - Syor daftar pengundi dilakukan serentak ketika banci penduduk
Full Description: BANCI 2010 dilancarkan baru-baru ini dan bakal berakhir pada 22 Ogos ini bagi merangka dasar baru dan bajet negara selaras dengan keperluan kapasiti demografi negara ini. Sebaiknya, inilah kesempatan terbaik untuk semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau dikemaskinikan bagi memberi keadilan kepada pihak yang layak tetapi belum menyedari tanggungjawab kenegaraan mereka. Pembanci mungkin boleh bertanyakan setiap isi rumah siapa yang belum mengundi dan mengapa mereka enggan mendaftar ketika proses banci berlangsung.
Banci kelima yang dibuat oleh kerajaan sejak 1963 adalah penting demi memastikan kerajaan dan pihak swasta dapat membuat perancangan sistematik dalam menempatkan industri di kawasan tertentu. Faktor tenaga kerja tempatan berbanding tenaga asing perlu diteliti agar tiada industri yang lumpuh akibat tiada modal insan yang menggerakkannya. Keutamaan peluang pekerjaan sudah pasti untuk rakyat tempatan, maka banci adalah penting supaya tenaga asing boleh diperuntukkan dalam kadar sewajarnya.
Namun dalam Banci 2010 SPR perlu mengambil peluang untuk mengemas kini daftar pengundi dengan bantuan pembanci kerana perangkaan pengundi Melayu yang tidak mendaftar cukup membimbangkan.
Nisbah 1:40 pengundi Melayu yang mendaftar berbanding pengundi bukan Melayu tidak saja mencemaskan pemimpin politik UMNO, malah kuasa politik Barisan Nasional boleh terancam.
Soal siapa yang hendak melakukan kerja mengesan pengundi yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan SPR sudah terjawab.
Tidak perlu lagi mana-mana ketua bahagian mahupun cawangan UMNO menuding jari sesama mereka apakah mekanisme yang boleh digunakan untuk mengesan pengundi berdaftar secara berkesan.
Banci perlu menjadi wadah baru untuk mengesan pihak yang layak mendaftar sebagai pengundi.
AZIANA,
Tali Air, Morib.
Source: bharian.com.my
Neighborhood Links
This listing has been viewed 789 times.


