Last Modified Listing Feed http://daftarundi.com/index.php?action=rss_lastmodified_listings Perlumbaan mendaftarkan pengundi baru http://daftarundi.com/listing-perlumbaan-mendaftarkan-pengundi-baru-7.html Ny0yMDEwLTA3LTE1IDEwOjAyOjMz Thu, 15 Jul 2010 10:02:33 +0800 28 JUN — Ekoran daripada statistik daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menunjukkan lebih empat juta orang pengundi layak untuk mengundi tetapi masih belum terdaftar sebagai pengundi, telah menyebabkan berlakunya perlumbaan diantara parti-parti politik di Malaysia untuk mendaftarkan pengundi baru. Daripada jumlah tersebut, jika dipecahkan mengikut negeri Selangor mempunyai jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang. Diikuti oleh Johor - 605,000, Perak - 526,000 dan Sarawak - 473,000. Dikatakan majoriti yang tidak mendaftar sebagai pengundi ini adalah golongan muda yang baru mencecah 21 tahun. Di Malaysia, umur layak mengundi bermula dari 21 tahun. Pilihanraya umum akan datang akan diadakan selewat-lewatnya sehingga tempoh pemerintahan sekarang tamat pada 2013. Daripada populasi penduduk yang hampir 27 orang juta, terdapat 11 juta pengundi yang telah berdaftar. Ertinya, jika lebih empat juta yang belum berdaftar berjaya didaftarkan, Malaysia akan mempunyai lebih kurang 15 juta orang pengundi. Pertambahan empat juta orang pengundi akan memberikan kesan yang besar dalam keputusan pilihanraya akan datang. Jika golongan ini berat kearah menyokong Barisan Nasional (BN), Malaysia akan terus diperintah oleh BN. Jika golongan ini condrong kepada Pakatan Rakyat (PR), berkemungkinan besar PR mampu menawan Putrajaya. Begitulah pentingnya peranan pengundi-pengundi baru ini. Tidak hairanlah mengapa parti-parti politik berebut-rebut untuk mendaftarkan golongan ini dengan harapan undi golongan ini akan berpihak kepada parti masing-masing. Mengapakah empat juta penduduk tidak mendaftar sebagai pengundi? Amat menarik jika dapat diketahui sebab musabab mengapa golongan ini tidak mendaftar sebagai pengundi. Apakah proses pendaftaran terlalu sukar? Apakah mereka tidak tahu bagaimana untuk mendaftar? Ataupun mereka tidak berminat untuk terlibat dalam pilihanraya? Tidak diketahui apakah sebab utamanya. Belum terjumpa lagi analisa atau kajian yang menunjukkan mengapa golongan ini masih belum terdaftar sebagai pengundi. Jika proses pendaftaran terlalu sukar, ianya perlu dipermudahkan. SPR boleh memperkenalkan mekanisme baru bagi mempermudahkan golongan muda untuk mendaftar sebagai pengundi. Contohnya dengan memperkenalkan pendaftaran pengundi melalui internet. Mekanisme ini perlu difikirkan dengan sebaik mungkin agar penipuan dan manipulasi tidak wujud. Jika ramai pihak terutamanya golongan muda tidak tahu bagaimana untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi, adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk memperhebatkan lagi program pendidikan pengundi mereka. Contohnya SPR boleh bekerjasama dengan media arus perdana dan alternatif untuk mempromosikan program pendidikan pengundi mereka. Tidak mustahil bagi media-media ini tidak mengenakan bayaran bagi promosi SPR untuk mendidik pengundi sebagai “tanggungjawab sosial” mereka kepada masyarakat. Jika tidak minat untuk terlibat dalam pilihanraya menjadi sebab mengapa golongan muda tidak mahu mendaftar sebagai pengundi, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak baik SPR, parti politik dan NGO untuk menyedarkan golongan ini tentang pentingnya undi mereka sebagai warganegara bagi menentukan masa depan negara. Pendaftaran pengundi oleh parti politik Kebiasannya, pengundi akan cendrong mengundi parti politik yang membantu mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Walaupun kenyataan ini tidak seratus peratus tepat, namun inilah yang diyakini oleh parti-parti politik dan ini mendorong mereka untuk mendaftarkan pengundi secara agresif. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh SPR mengenai jumlah pendaftaran pengundi baru yang dilakukan oleh parti-parti politik pada tahun lalu, Umno berada di tempat teratas dengan kejayaan mendaftarkan 24,818 orang pengundi. Sementara DAP berada ditempat kedua dengan 17,756 pengundi baru yang didaftarkan. PAS pula berjaya mendaftarkan seramai 16,987 orang pengundi baru menjadikannya berada di tempat ketiga. Yang menariknya ialah Umno sebagai parti yang paling banyak mendaftarkan pengundi berbanding dengan parti-parti lain terutamanya parti pembangkang. Kebiasaannya, parti yang memerintah tidak begitu peduli tentang pendaftaran pengundi baru oleh kerana sudah terlalu selesa dengan kuasa. Tetapi ini tidak berlaku kepada Umno. Walaupun telah selesa memerintah Malaysia semenjak merdeka, Umno tetap turun padang untuk mendaftarkan pengundi baru. Ertinya Umno sedar tentang pentingnya bagi mereka untuk mendaftarkan pengundi baru sebanyak mungkin bagi membantu terus mengekalkan kuasa. DAP dan PAS adalah parti politik pembangkang veteran dan telah bertanding dalam banyak pilihanraya. Pengalaman telah mengajar mereka tentang betapa pentingnya bagi parti mereka untuk terus mendaftarkan pengundi bagi meningkatkan sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya akan datang. Apa jadi dengan parti-parti politik lain? Kemanakah parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain lagi? Bagaimana pula dengan PKR bagi PR? Apakah mereka tidak berminat untuk berusaha mendaftarkan pengundi baru oleh kerana sudah terlalu selesa? Amalan sihat Tidak kurang juga peranan yang dimainkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggalakkan pendaftaran pengundi baru. Diantaranya adalah Extraordinary People Impacting Community (Epic) and Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). Kedua-dua badan ini secara aktif telah menganjurkan program bagi menggalakkan pendaftaran pengundi baru. Perlumbaan mendaftarkan pengundi baru adalah amalan yang sihat dalam demokrasi berpilihanraya. Jika semakin ramai pengundi berjaya didaftarkan, ini bererti semakin ramai rakyat Malaysia yang terlibat dalam menentukan hala tuju negara. Kerjasama diantara SPR, parti politik dan NGO amat penting bagi memastikan kesedaran rakyat mengenai hak mereka sebagai warganegara Malaysia untuk melibatkan diri dalam pilihanraya. Kepada parti-parti politik yang bercita-cita untuk mengekalkan kuasa atau ingin berkuasa, gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi-pengundi baru. Jangan sampai apabila “wisel” sudah ditiupkan, baru kesedaran timbul untuk melakukan sesuatu. Pada ketika itu, sudah tidak ada lagi masa untuk melakukan apa-apa. Ini adalah kerana setiap pengundi yang didaftarkan memerlukan masa enam bulan sebelum digazetkan nama mereka dalam daftar pengundi. Enam bulan adalah satu tempoh waktu yang panjang dalam politik. Macam-macam yang boleh berlaku dalam enam bulan termasuklah pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. * The views expressed here are the personal opinion of the columnist. Source: http://www.themalaysianinsider.com/]]> 1.9 Juta Melayu Layak Mengundi Belum Daftar – SPR http://daftarundi.com/listing-1.9-juta-melayu-layak-mengundi-belum-daftar-%C3%A2%C2%80%C2%93-spr-6.html Ni0yMDEwLTA3LTE1IDA5OjU2OjM2 Thu, 15 Jul 2010 10:02:33 +0800 KUALA LUMPUR 2 Julai – Seramai 1.9 juta atau 43 peratus daripada 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, tetapi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu adalah orang Melayu. Mengikut statistik SPR, bukan Melayu yang belum mendaftar adalah 1.7 juta dengan pecahan 1.3 juta atau 30.6 peratus daripada kaum Cina, diikuti India seramai 400,997 orang atau 9.3 peratus. Baki yang belum mendaftar adalah Bumiputera Sabah (249,891 atau 5.79 peratus), Bumiputera Sarawak (283,380 atau 6.1 peratus), Orang Asli (31,848 atau 0.74 peratus) dan lain-lain kaum (152,030 atau 3.53 peratus). Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf yang mendedahkan statistik itu berkata, antara punca orang Melayu masih menjadi kumpulan terbesar belum mendaftar ialah kerana kurang rasa tanggungjawab menunaikan hak sebagai warga negara, tidak peka situasi politik tanah air dan gemar mendaftar pada saat akhir. “Itu trend yang dikesan oleh SPR. Kebanyakan rakyat kita, terutama belia Melayu kurang kesedaran mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah berusia lebih 21 tahun. Biasanya, apabila menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, barulah mereka sibuk mendaftar. Kalau daftar lambat dan kemudian berlaku pilihan raya, SPR tidak dapat mengesah dan mewartakan nama mereka dalam Daftar Pemilih terkini, menyebabkan mereka tidak dapat mengundi,” katanya. Abdul Aziz juga berkata, sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga suku pertama tahun ini, jumlah pengundi yang berdaftar adalah 11.2 juta dengan 569,137 daripadanya pengundi baru. Daripada jumlah pengundi baru itu, 131,047 atau 23.03 peratus adalah kaum Cina, manakala kaum India 27,823 orang atau 4.89 peratus. Jumlah pengundi Melayu pula 355,805 atau 62.52 peratus, manakala Bumiputera Sabah 20,871 (3.6 peratus), Bumiputera Sarawak 27,104 (4.7 peratus), Orang Asli 2,378 dan lain-lain kaum 4,109. Selasa lalu, SPR mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif melaksanakan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina. Dalam pakatan pembangkang, DAP lebih aktif mendaftar pengundi baru terutama di bandar, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menumpukan semua kaum, manakala PAS mensasarkan belia Melayu. Sehari sebelum ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendedahkan kajian mereka menunjukkan nisbah orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah 1:40. – Berita Harian/]]> Syor daftar pengundi dilakukan serentak ketika banci penduduk http://daftarundi.com/listing-syor-daftar-pengundi-dilakukan-serentak-ketika-banci-penduduk-5.html NS0yMDEwLTA3LTE1IDA4OjU3OjEz Thu, 15 Jul 2010 10:02:33 +0800 BANCI 2010 dilancarkan baru-baru ini dan bakal berakhir pada 22 Ogos ini bagi merangka dasar baru dan bajet negara selaras dengan keperluan kapasiti demografi negara ini. Sebaiknya, inilah kesempatan terbaik untuk semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau dikemaskinikan bagi memberi keadilan kepada pihak yang layak tetapi belum menyedari tanggungjawab kenegaraan mereka. Pembanci mungkin boleh bertanyakan setiap isi rumah siapa yang belum mengundi dan mengapa mereka enggan mendaftar ketika proses banci berlangsung. Banci kelima yang dibuat oleh kerajaan sejak 1963 adalah penting demi memastikan kerajaan dan pihak swasta dapat membuat perancangan sistematik dalam menempatkan industri di kawasan tertentu. Faktor tenaga kerja tempatan berbanding tenaga asing perlu diteliti agar tiada industri yang lumpuh akibat tiada modal insan yang menggerakkannya. Keutamaan peluang pekerjaan sudah pasti untuk rakyat tempatan, maka banci adalah penting supaya tenaga asing boleh diperuntukkan dalam kadar sewajarnya. Namun dalam Banci 2010 SPR perlu mengambil peluang untuk mengemas kini daftar pengundi dengan bantuan pembanci kerana perangkaan pengundi Melayu yang tidak mendaftar cukup membimbangkan. Nisbah 1:40 pengundi Melayu yang mendaftar berbanding pengundi bukan Melayu tidak saja mencemaskan pemimpin politik UMNO, malah kuasa politik Barisan Nasional boleh terancam. Soal siapa yang hendak melakukan kerja mengesan pengundi yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan SPR sudah terjawab. Tidak perlu lagi mana-mana ketua bahagian mahupun cawangan UMNO menuding jari sesama mereka apakah mekanisme yang boleh digunakan untuk mengesan pengundi berdaftar secara berkesan. Banci perlu menjadi wadah baru untuk mengesan pihak yang layak mendaftar sebagai pengundi. AZIANA, Tali Air, Morib. Source: bharian.com.my]]> 4.39 juta belum daftar pemilih: SPR http://daftarundi.com/listing-4.39-juta-belum-daftar-pemilih%3A-spr-4.html NC0yMDEwLTA3LTE0IDE0OjU0OjIx Thu, 15 Jul 2010 10:02:33 +0800 Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera. Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000). "Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai. "Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada NGO, persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri. Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut. "Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya. Beliau berkata SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara. Selain itu, katanya, SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik penolong pendaftar sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini. SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar, katanya. Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian. "Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. "Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun. "Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi merupakan tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya. - Bernama]]> Kenyataan nisbah daftar pemilih bersifat perkauman http://daftarundi.com/listing-kenyataan-nisbah-daftar-pemilih-bersifat-perkauman-3.html My0yMDEwLTA3LTE0IDEzOjU0OjE3 Thu, 15 Jul 2010 10:02:33 +0800 KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS menyifatkan kenyataan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno yang dikeluarkan akhbar Berita Harian bahawa nisbah 1 orang Melayu dan bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih sebagai bersifat perkauman bagi mewujudkan rasa tidak senang di antara kaum. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu hanyalah agenda politik Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu. "Kenyataan ini merupakan agenda politik menakut-nakutkan masyarakat Melayu seolah-olah meletakkan kaum Cina ini sebagai ancaman terhadap kelangsungan kuasa politik orang-orang Melayu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ujarnya, angka yang dinyatakan itu tidak tepat dan dikeluarkan kerana menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin berkurangan. "Angka pun tidak tepat. Ini agenda politik perkauman untuk menarik orang-orang Melayu kembali menyokong mereka sebab mereka sedar semua kaum sedang menolak mereka," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar disalahkan kerana gagal menjalankan kempen bagi menggerakkan daftar pemilih di kalangan semua kaum. "Dari segi SPR harus menyalahkan diri mereka sendiri bahawa masalah kekurangan dalam daftar pemilih ini ialah lemahnya gerak kerja SPR dalam menggerakkan kempen kesedaran untuk masyarakat Malaysia membuat pendaftaran pemilih termasuk pengundi Melayu," katanya. Baginya juga, SPR wajar dilabelkan sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, bukan lagi Suruhanjaya Pilihan Raya. Mahfuz turut menggesa kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik bagi remaja yang berumur 21 tahun bagi mengatasi masalah pengundi tidak berdaftar. "Sepatutnya kerajaan termasuk Umno sudah boleh membuat pindaan sama ada kepada perlembagaan atau kepada apa-apa perundangan berkaitan pilihan raya iaitu untuk mengadakan pendaftaran automatik bagi remaja berumur 21 tahun," katanya. Nada yang sama turut disuarakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) pada sidang media yang berasingan. Ketuanya, Anthony Loke berkata, pemuda Umno tidak wajar menyalahkan DAP kononnya mendaftarkan pemilih muda Cina sahaja sebaliknya harus lebih giat menjalankan kempen untuk mendaftarkan pengundi Melayu. "Nisbah pengundi Melayu kepada bukan melayu ialah 1:40 selepas 2008, ini satu kenyataan palsu kerana ini tidak mungkin berlaku. Pada 2009 daftar pemilih terbanyak ialah Umno.Takkan Umno daftar pemilih bukan Melayu. "Kalau Pemuda Umno, Khairy Jamaludin kata beliau berwibawa, sepatutnya beliau memikirkan untuk menggerakkan kempen untuk mendaftar pemilih," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.]]> Bantu SPR daftar 4.39 juta pengundi segera http://daftarundi.com/listing-bantu-spr-daftar-4.39-juta-pengundi-segera-2.html Mi0yMDEwLTA3LTEzIDE2OjE3OjI3 Thu, 15 Jul 2010 10:02:33 +0800 KUALA LUMPUR, 19 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Jentera Pilihanraya PAS di semua peringkat Parlimen dan Dun untuk membantu Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi di negara ini belum mendaftar. Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya kepada media. Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878,875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar di seluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihan raya 2008. "Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius digerakkan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara," kata Idris. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, katanya, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual. "PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta jentera PAS serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak. PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim, katanya.]]>